18.7.2013
Khamis.
Set 4
Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama
dengan jawapan yang telah kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Seseorang yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan.
A malas
B berat
C rajin
D baru
2. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga ___________ mengikuti lawatan ke
Taman Negara.
A pernah
B sudah
C telah
D akan
3. Pelajaran Aishah terganggu ibu dan ayahnya berpisah.
A sejak
B walaupun
C demi
D lalu
4. _________ adik-adikku, dengarlah kata ibu bapa kita! kata Dang Anum.
A Aduh
B Aduhai
C Oh
D Wahai
3
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
5. Kedua- dua hulubalang itu bermain senjata.
A deras
B gopoh
C kuat
D cekap
6. akan melaksanakan perintah Tuanku, kata Hang Tuah kepada Sultan
Melaka.
A Patik
B Beta
C Pancar
D Hamba
7. Puan Kamsiah menyapu _______ yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.
A bebawang
B dedaun
C rerumput
D rerambut
8. _____________ langkah-langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah
pencemaran air?
A Apakah
B Bagaimanakah
C Siapakah
D Mengapakah
4
Soalan 9 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
9. Ada bertimbun-timbun sekam padi ____________ di tepi kilang itu.
A longgokan
B melonggok
C dilonggokkan
D terlonggok
10. Saerah tidak menyedari kedatangan neneknya kerana dia terlalu _________
membaca buku cerita yang ditulis oleh penulis kegemarannya.
A ghairah
B asyik
C khusuk
D tekun
11. __________ indah _________ pemandangan di kawasan itu.
A Sungguh
.. sekali
B Paling
.. benar
C Begitu
agak
D Amat
.sangat
12. _____________ orang anaknya belajar di menara gading.
A Ketiga
B Bertiga
C Ketiga-tiga
D Bertiga-tiga
5
Soalan 13 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
13. Bendahara Tun Perak ________ ketika menghadap Sultan Melaka.
A mengangkat tabik
B mengangkat sumpah
C mengangkat sembah
D mengangkat tangan
14. Apa boleh buat, dia memang dan sebab itulah dia menerima
hukuman. Kata Laksamana Hang Kasturi.
A bersalah
B disalahkan
C tersalah
D menyalahkan
15. Puteri Gunung Ledang menjadi rebutan sultan kerana sangat cantik seperti
____________.
A bidadari
B puteri
C bulan purnama
D bintang
16. Puncak bukit itu ___________ kabus tebal.
A dikelilingi
B diselubungi
C ditimbusi
D dibaluti
6
17. Keluarga Maria menjaga __________ nya itu seperti anaknya sendiri.
A anak emas
B anak angkat
C anak kandung
D anak gaharu
18. Puan Lela __________ ibu tiri Bawang Merah dan Bawang Putih.
A pun
B ada
C ialah
D adalah
Soalan 19 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
19. Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang jalan itu.
Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialah
A mengerat
B memotong
C memangkas
D mencencang
20. Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.
Perkataan berlawan bagi berbukit ialah
A berpaya
B rata
C berlekuk-lekak
D berteres
7
21. ____________ kawasan itu mengalami banjir kilat.
A Setiap
B Seluruh
C Segala
D Sebilangan
Soalan 22
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah
22. Saya suka berjoging kerana dapat menyihatkan badan.
A Bilakah masa yang sesuai bagi kamu berjoging?
B Adakah kamu suka berjoging?
C Mengapakah kamu suka berjoging?
D Adakah berjoging itu penting?
Soalan 23.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Soalan 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24. Semua penduduk menyambut baik program menanam sayur-sayuran secara
hidroponik.
A Sambutan menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh
semua penduduk.
B Semua penduduk yang menanam sayur-sayuran menyambut baik program
hidroponik.
C Program menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh semua
penduduk.
D Penduduk menyambut baik sayur-sayuran yang ditanam secara program
hidroponik.
23. Siapakah yang telah menyelamatkan rumah di kampung itu daripada dijilat api
semalam?
A Pihak bomba memadamkan kebakaran di kampung itu semalam.
B Pihak bomba telah menjilat api kebakaran semalam di kampung kami.
C Pihak bomba telah menyelamatkan rumah kampung kami dari semalam.
D Pihak bomba menyelamatkan orang kampung daripada dijilat api.
8
Soalan 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul
25. I. Beliau merupakan bekas guru Kajian Tempatan saya.
II. Hubungan Kak Lina dengan bekas suaminya masih baik.
III. Ibu memasukkan biskut-biskut itu ke dalam bekas plastik.
IV. Parut-parut lama itu masih bekas di lengan kirinya.
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
26. I Durian yang gugur itu dimasukkan ke dalam bakul
II Pahlawan itu gugur di medan perang
III Budak itu gugur dari pokok
IV Rambutnya banyak yang gugur
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Soalan 27 dan Soalan 28.
Pilih ayat yang betul.
27 A Datuk ada memelihara beberapa ekor ayam.
B Yasmin mengelek piala yang dimenanginya.
C Naina menanamkan bunga ros di halaman rumahnya.
D Abang menunggang kereta yang baru dibelinya.
28 A Sultan Melaka menjatuhi hukuman penjara kepada penjenayah itu.
B Hadri dan Hazman senyum kepada kami.
C Pihak polis akan meneruskan siasatan berhubung dengan kes pembunuhan itu
esok.
D Nasrul mendapat berita itu dengan tenang.
9
Soalan 29 dan Soalan 30.
Pilih ayat-ayat yang betul.
29 I. Ayah telah menebas di belakang rumah rumput.
II. Bidang teknologi maklumat semakin berkembang pesat di negara kita.
III. Tarikh bermulanya cuti semester persekolahan bilakah?
IV. Ikmal berbaring lalu tertidur di Sofa.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
30 I. Kami berjoging di setiap petang di Taman Tasik Taiping
II. Semua rumah musnah di kampung itu dipukul ribut.
III. Gulai itu tidak termakan oleh Yusman kerana terlalu pedas.
IV. Syafik menebas di belakang rumahnya semak samun.
A III sahaja.
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.
10
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas
kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas.
Sang Kancil: Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas?
Sang Agas : Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.
Sang Kancil: Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?
Sang Agas : Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada duri
yang melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut
tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba berbunyi.
Sang Kancil: Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.
Sang Agas : Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini sejari
besarnya.
Sang Kancil: (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba. Mana
mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam
badan tuan hamba itu.
Sang Agas: Mengapa tuan hamba berkata demikian?
Sang Kancil: Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah mustahil duri
yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.
Sang Agas: Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari hamba
sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan
tuan hamba saja yang besar, tetapi akal tuan hamba lebih kecil daripada badan
hamba ini.
Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui
kebijaksanaan Sang Agas.
31 Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat?
A Teguran Sang Agas
B Bunyi dengung di atas kepalanya
C Jeritan Sang Agas
D Cerita Sang Agas tentang perutnya
32 Apakah punca bunyi tersebut?
A Duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi.
B Perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang Kerbau.
C Tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi.
D Perut Sang Agas lapar.
11
33 Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?
A Sang Agas memang suka berbohong.
B Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang Agas.
C Badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang Kerbau.
D Mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang Agas.
34 Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali
A perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau.
B badan Sang Agas hanyalah sebesar jarum.
C duri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi.
D Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak.
35 Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak _____________.
A seperti katak di bawah tempurung.
B seperti harimau menyembunyikan kukunya.
C seperti tikus membaiki labu.
D seperti mengajar itik berenang.
12
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kualiti udara di sekeliling kita dikatakan sudah tidak bersih lagi. Kebanyakan negara
membangun dan negara maju di dunia berhadapan dengan masalah yang sama. Hal ini
disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan, pembukaan lebih banyak kawasan pertanian,
perumahan, dan perindustrian yang mendadak.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, proses industri atau
penghasilan bahan pencemaran oleh kilang, pembakaran, tempat pelupusan sampah,
pembakaran terbuka khususnya di kawasan bandar dan pembakaran hutan yang tidak
terkawal. Habuk, asap, kabus dan wap atau bahan-bahan lain yang dapat menghalang
penglihatan merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan habuk seperti pembakaran sisa kayu
atau sekam padi. Selain itu, aktiviti masyarakat dapat menyumbang ke arah peningkatan indeks
kualiti udara. Antaranya; membakar sampah, memasak dengan menggunakan dapur arang
atau dapur kayu.dan tabiat merokok.
Bahan yang terampai di udara ini akan memberi kesan negatif kepada semua hidupan.
Sebagai contoh, bahan-bahan ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui sistem
pernafasan hingga berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur darah. Hal ini dapat
menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma dan anemia.
Di samping itu, jarak penglihatan yang terhad sebagai akibat jerebu dapat menyebabkan
berlakunya kemalangan. Persekitaran menjadi kotor akibat habuk juga. Kesimpulannya, aktiviti
harian akan terganggu sebagai akibat pencemaran udara.
36 Semua yang berikut adalah faktor-faktor pencemaran udara, kecuali
A negara yang kian membangun.
B pelepasan asap kenderaan.
C proses industri dari kilang.
D pembakaran terbuka.
37. Kata mendadak sama maksudnya dengan kata ______________
A menaik
B serta-merta
C luar biasa
D tanpa sedar
13
38 Apakah penyakit yang tidak disebabkan oleh pencemaran udara?
A Barah
B Asma
C Batuk
D Sengal otot
39. Mengapakah jerebu dapat menyebabkan kemalangan jalan raya?
A Kerana pemandu hilang sabar ketika memandu
B Kerana jarak penglihatan pemandu kian terhad
C Kerana jerebu menyebabkan kereta rosak
D Kerana persekitaran menjadi kotor sebagai akibat habuk
40. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan kepada pihak industri
yang melakukan pencemaran?
A Menghalang produk keluaran itu diijual di pasaran.
B Mengenakan tindakan hukuman penjara kepada pekerja kilang
C Mengenakan denda yang tinggi atau menutup kilang terbabit
D Membuang pekerja-pekerja kilang yang masih beroperasi
Wednesday, 17 July 2013
Monday, 1 July 2013
Penutup Karangan
Selasa 2
Julai 2013
Muka surat 96 dan 97.
1. Penutup
karangan
a. Laporan
Lawatan ke Bandar Raya Bersejarah.
Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah
memberikan banyak manfaat kepada peserta lawatan. Lawatan ini perlu diadakan
lagi untuk murid yang lain.
Laporan disediakan oleh, 23
OGOS 2005
........................................
(ZAIDAH BINTI ZAHID)
Setiausaha,
Persatuan Kemahiran Hidup.
b.
Karangan Syarahan
Faedah Melancong di Negara Sendiri.
Saya menyeru agar kita melancong ke
tempat-tempat yang menarik di negara kita. Sesungguhnya melancong di negara
sendiri dapat manaikkan industri pelancongan negara.
c.
Karangan Dialog
Kebaikan Menyertai Kem Motivasi.
Azizul
: Apakah yang
akan kamu buat selepas menghadiri kem ini?
Wahid
:
Saya akan memberitahu rakan-rakan kita agar menyertai kem motivasi sekiranya mempunyai ruang.
d.
Karangan Fakta
Faedah Memelihara Alam Sekitar.
Jika kita mahu kehidupannya yang sihat, kita
mestilah mengubah sikap . Tanamkanlah sifat menyayangi alam sekitar pada setiap
masa.
3. Contoh karangan :
Tajuk : Melancong di Negara Kita
Negara kita indah dan
dikenali. Jumlah pelancong yang datang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Oleh itu, kita perlu menjaga keistimewaan yang ada di negara kita.
Kita perlu memajukan
dan menjayakan kebersihan tempat-tempat pelancongan yang sedia ada. Kawasan ini
juga perlu diperindah dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Kita perlulah
mengamalkan sifat berbudi bahasa kerana sikap ini mampu menarik minat pelancong
ke negara kita. Oleh itu, kerajaan perlu menanamkan kesedaran di kalangan
rakyat Malaysia akan kepentingan berbudi bahasa.
Para peniaga perlulah
meletakkan harga yang sesuai kepada para pelancongan. Jika pelancongan asing
suka berbelanja di negara kita. Ekonomi negara kita akan meningkat.
Jika langkah-langkah
ini dapat dilakukan sudah tentulah industri pelancongan negara kita akan
bekembang pesat.
Subscribe to:
Posts (Atom)