Tajuk : Saja.
Tarikh : 15.5.2013
Wednesday, 15 May 2013
Soalan Pemahaman Tahun 4
Ulangkaji Set 3 (15.5.2013)
Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama
dengan jawapan yang telah kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 21
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. ____________ , cantik sungguh pemandangan yang dapat dilihat dari atas Gunung
Mat Chincang ini!
A Hai
B Wah
C Ohl
D Wahai
2. ____________ saya sudah tidak sanggup mendaki bukit ini lagi!
A Aduh
B Amboi
C Nah
D Eh
3. Sebelum kita meninggalkan pulau ini, marilah kita ______________selera di restoran
makanan laut yang terkenal itu.
A memakan
B menjamah
C merasa
D menjamu
4. ________________ tidak putus-putus datang melawat Makam Mahsuri yang terdapat
di Pulau Langkawi.
A Pelanggan
B Pelayan
C Pelawat
D Pemandu
5. Aiman telah memenangi ___________ acara yang disertainya semasa temasya
sukan yang diadakan di sekolahnya.
A segala
B semua
C seluruh
D sekalian
6. Semua murid diminta berkumpul mengikut rumah sukan ______________ sebelum
acara perbarisan dimulakan.
A setiap
B sekalian
C masing-masing
D semua
7. Fatin telah membeli cenderahati semasa berkunjung ke Pulau Pinang untuk
dihadiahkan __________ ibunya.
A dari
B untuk
C pada
D kepada
8. Badrul menerima tawaran _______________ Majlis Sukan Negara untuk belajar
di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
A dari
B daripada
C kepada
D untuk
9. Sekolah kami akan mengadakan _____________ ke kilang mengetin nenas di
Pontian, Johor.
A pelawat
B lawatan
C lawatkan
D dilawati
10. Semasa acara lumba lari berlangsung Cikgu Rahman membuat _____________
masa para peserta.
A catatkan
B catatan
C catitkan
D mencatat
11. Seseorang yang menceburi bidang _______________ perlu berlatih dengan gigih,
tabah dan sabar.
A perniagaan
B persatuan
C persilatan
D permainan
12. Selain memperolehi ________________ yang baik dalam bidang akademik kita juga
perlu mengambil bahagian yang aktif dalam bidang sukan dan persatuan.
A percubaan
B pelajaran
C perubahan
D pencapaian
13. Perlawanan badminton akan berlangsung di _________ yang telah disediakan oleh
pihak penganjur.
A taman
B padang
C gelanggang
D sekolah
14. Emak membuat kuih untuk __________ bagi menambah pendapat keluarga.
A dibawa
B dijual
C dibeli
D diminta
15. Pokok kelapa sawit yang tua _____________ untuk diproses menjadi papan yang
bermutu.
A ditebang
B dipotong
C dicantas
D dihiris
16. Pasukan bola jaring itu dibarisi pemain _______________.
A muda-mudi
B muda-muda
C belia-belia
D kanak-kanak
17 _________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke kandang.
A Jentik-jentik
B Pijat-pijat
C Umang-umang
D Biri-biri
18 Dayang sungguh gembira kerana dapat memerhatikan ______________ yang
berkerlipan di langit.
A lampu-lampu
B kelip-kelip
C bayang-bayang
D bintang-bintang
19 Encik Amran merupakan penternak ayam yang berjaya. ____________, dia juga
melibatkan diri dalam penternakan lembu untuk menambah pendapatan.
A Di samping itu
B Tambahan pula
C Oleh itu
D Namun demikian
20 Perjalanan dengan kereta api dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. __________,
tambangnya pula agak murah.
A Selain itu
B Oleh itu
C Namun begitu
D Padahal
21 Hasil tani itu patut kita simpan untuk kegunaan semasa susah. Bak kata pepatah
__________.
A bagai kambing diseret ke air
B menangguk di air keruh
C sediakan payung sebelum hujan
D bagai isi dengan kuku
22 Pemuda itu tercengang-cengang apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur.
Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan frasa ini.
A Seperti rusa masuk kampung
B Seperti kumbang putus tali
C Seperti kucing kehilangan anak
D Seperti kera mendapat bunga
Soalan 23 hingga Soalan 25
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
23 Perkampungan di sepanjang Sungai Kinabatangan dan Pulau Penyu berperanan
penting dalam pemuliharaan penyu di Asia Tenggara.
A berenang
B berharap
C bermain
D berfungsi
24 Setiap peserta yang bertanding dalam acara perahu layar perlu mematuhi peraturan
keselamatan yang telah ditetapkan.
A bersaing
B berlumba
C berkayuh
D berentap
25 Pokok durian yang baru berbunga dijaga dengan baik supaya menghasilkan buah
yang bermutu.
A berhasil
B bermanfaat
C berkualiti
D berguna
Soalan 26 hingga Soalan 27
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
26 Pada mulanya kami bercadang untuk berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor pada
cuti sekolah nanti.
A awalnya
B asalnya
C hujungnya
D akhirnya
27 Buah-buahan tempatan amat digemari oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar
negara.
A disukai
B dibenci
C diminta
D dilupai
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih ayat yang sama maksud bagi ayat yang bergaris.
28 Anda hendaklah membuat kerja itu dengan teliti.
A Kerja itu hendaklah anda buat dengan teliti.
B Kerja itu dengan teliti hendaklah dibuat anda.
C Kerja itu hendaklah dibuat dengan teliti oleh anda.
D Kerja itu teliti hendaklah anda buat.
29 Azhan mengajak Amran ke dusun datuknya di kampung.
A Azhan diajak Amran ke dusun datuknya di kampung.
B Azhan ke dusun Amran diajak datuknya di kampung.
C Azhan ke dusun datuknya di kampung Amran diajak.
D Amran diajak oleh Azhan ke kampung datuknya.
30 Sampah dipungut oleh murid-murid selepas acara sukan tamat.
A Sampah dipungut oleh murid-murid yang tamat sekolah pada hari sukan.
B Sampah dipungut oleh murid-murid di kawasan sekolah semasa acara sukan
tamat.
C Sampah di kawasan sekolah dipungut oleh murid-murid setelah acara sukan
tamat.
D Murid-murid memungut sampah selepas acara sukan tamat.
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang
sering dikunjungi ialah hutan rekreasi, bukit peranginan, pulau-pulau, tasik-tasik dan tempattempat
bersejarah.
Kita dapat mengenali keindahan flora dan fauna serta cara hidup masyarakat
setempat dengan lebih dekat. Selain itu, dengan melancong ke tempat yang bersejarah,kita
dapat mengetahui sejarah negara kita sendiri.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan, rakyat
digalakkan melancong dalam negeri. Selain menyeronokkan, melancong dalam negeri lebih
menjimatkan. Dengan mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit sahaja kita dapat melancong
bersama-sama keluarga ke tempat-tempat yang menarik.
Melalui pelancongan, kita dapat mengenali budaya, pakaian dan cara hidup pelbagai
kaum. Aktiviti pelancongan juga dapat membantu pengusaha kraf tangan meningkatkan
pendapatan. Pelancong-pelancong boleh membeli hasil kraf tangan seperti anyaman tikar,
tembikar, hiasan dinding dan tenunan kain di gerai-gerai yang disediakan.
Dengan melancong ke luar negara pula, kita berpeluang melihat keindahan negara
lain yang mempunyai pelbagai cuaca. Kita juga dapat melihat cara masyarakat setempat
menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca di negara mereka.
Melancong boleh menimbulkan perasaan cinta akan alam semula jadi dan melihat
kesan-kesan sejarah. Justeru, melancong juga dapat menambah ilmu pengetahuan.
31 Apakah faedah melancong dalam negeri?
A Merapatkan hubungan pelbagai kaum
B Membeli kraf tangan tempatan
C Meningkatkan perbelanjaan harian
D Mengenali budaya pelbagai kaum
32 Pelancong-pelancong boleh membantu kemajuan perusahaan kraf tangan sekiranya
A membeli hasil kraf tangan.
B membeli-belah sambil melancong.
C melancong ke gerai-gerai kraft tangan.
D melancong bersama-sama keluarga
33 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Pelancongan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
B Melancong dapat mengetahui pelbagai perkara.
C Melancong bersama-sama keluarga dapat menjimatkan wang.
D Melancong dapat mewujudkan perasaan cinta akan alam semula jadi.
34 Yang berikut ialah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di negara kita,
kecuali
A hutan rekreasi
B pulau dan tasik
C bukit- bukau
D tempat bersejarah
35 Rangkai kata masyarakat setempat dalam petikan bermaksud
A orang yang tinggal sebentar di sesuatu tempat.
B orang yang akan tinggal tetap di sesuatu tempat.
C orang yang tinggal di sesuatu tempat.
D orang yang pernah tinggal di sesuatu tempat.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Faiz! Faiz! Faiz! Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal. Faiz
terdengar suara ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Faiz
bangun lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air.
Suku jam kemudian, Faiz sudah siap ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu menuju ke
pintu depan rumahnya. Faiz, marilah bersarapan dulu, kata ibunya.
Tak apalah ibu, sudah lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lagi pun hari
ini ada ujian. Nanti Faiz makan di kantin. Duit yang ayah beri semalam masih ada, jawab Faiz.
Semasa Faiz berjalan ke perhentian bas, dia teringat kata-kata ayahnya supaya
belajar bersungguh-sungguh dan pandai berjimat cermat. Ayahnya pemandu bas ekspres dan
membawa penumpang dari bandar kediaman mereka di Taiping ke Ipoh, Kuala Lumpur,
Seremban dan Johor Bahru. Ibunya pula mengurus rumah dan menjaga Faiz serta dua orang
adiknya yang belum bersekolah.
Pada hari itu, Faiz menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali lagi.
Mujur dia mendapat tempat duduk walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang
yang hendak ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek menaiki bas itu. Faiz segera
memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut.
Walaupun Faiz lewat, namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan
menyebabkan dia terus juga ke sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat Cikgu Rostam
supaya rajin belajar. Pelajaran penting untuk masa depan kamu. Itulah kata-kata yang sering
didengarinya.
Sampai di sekolah, Faiz cepat-cepat mengatur langkah menuruti kawan-kawannya
yang lain masuk ke kelas.
36 Faiz tidak mahu bersarapan pagi kerana
A dia ada ujian di sekolahnya.
B dia masih ada duit.
C dia akan makan di kantin.
D dia sudah lewat.
37 Di manakah Faiz sekeluarga tinggal?
A Ipoh
B Taiping
C Johor Bahru
D Kuala Lumpur
38 Sifat yang berikut tidak terdapat pada diri Faiz.
A Berjimat-cermat
B Menepati masa
C Bertimbang rasa
D Mendengar nasihat
39 Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali
A Faiz menaiki bas sekolah pada hari itu.
B Faiz selalu mendengar nasihat Cikgu Rostam.
C Faiz mengambil masa lima belas minit untuk bersiap.
D Faiz masih mempunyai wang yang diberi oleh ayahnya.
40 Rangkai kata terpaksa bersesak-sesak dalam petikan bermaksud
A mesti berebut-rebut
B perlu berhimpit-himpit
C kena berduyun-duyun
D harus bertolak-tolak
Thursday, 2 May 2013
3.5.2013
Jumaat
Jumaat
Gambar 1
Jambatan di kampung Seroja telah runtuh. Kejadian itu
berlaku selepas hujan lebat beberapa hari yang lalu. Air sungai yang mengalir
dengan deras telah menghayutkan jambatan tersebut. Kejadian itu amat
menyukarkan penduduk memandangkan jalan tersebut merupakan jalan utama di
kampung itu.
Gambar 2
Beberapa batang jalan raya di Bandar itu terpaksa ditutup
akibat dinaiki air. Air yang naik secara mendadak telah menenggelamkan kedai,
rumah dan juga kenderaan. Penduduk di kawasan itu diselamatkan oleh pasukan
penyelamat yang ditugaskan khas ke tempat itu.
Gambar 3
Cuaca panas yang berpanjangan telah menyebabkan kebakaran
hutan berlaku. Kebakaran tersebut menyebabkan asap tebal menyelubungi jalan
raya. Hal ini mendatangkan masalah kepada pemandu yang menggunakan jalan raya
tang berhanpiran. Tindakan segera patut diambil oleh pihak berkuasa untuk
memadamkan kebakaran tersebut.
Gambar 4
Kejadian tanah runtuh ke atas jalan raya sering berlaku,
terutamanya pada musim hujan. Keadaan ini amat menyulitkan pengguna jalan raya.
Selain terperangkap akibat tanaj runtuh, nyawa turut menjadi korban. Pihak yang
berkuasa perlulah mengambil kita pelbagai faktor sebelum jalan raya dibina di
sesuatu tempat.
Subscribe to:
Posts (Atom)