Thursday, 2 May 2013

3.5.2013  
Jumaat


Gambar 1
Jambatan di kampung Seroja telah runtuh. Kejadian itu berlaku selepas hujan lebat beberapa hari yang lalu. Air sungai yang mengalir dengan deras telah menghayutkan jambatan tersebut. Kejadian itu amat menyukarkan penduduk memandangkan jalan tersebut merupakan jalan utama di kampung itu.

Gambar 2
Beberapa batang jalan raya di Bandar itu terpaksa ditutup akibat dinaiki air. Air yang naik secara mendadak telah menenggelamkan kedai, rumah dan juga kenderaan. Penduduk di kawasan itu diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang ditugaskan khas ke tempat itu.

Gambar 3
Cuaca panas yang berpanjangan telah menyebabkan kebakaran hutan berlaku. Kebakaran tersebut menyebabkan asap tebal menyelubungi jalan raya. Hal ini mendatangkan masalah kepada pemandu yang menggunakan jalan raya tang berhanpiran. Tindakan segera patut diambil oleh pihak berkuasa untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Gambar 4
Kejadian tanah runtuh ke atas jalan raya sering berlaku, terutamanya pada musim hujan. Keadaan ini amat menyulitkan pengguna jalan raya. Selain terperangkap akibat tanaj runtuh, nyawa turut menjadi korban. Pihak yang berkuasa perlulah mengambil kita pelbagai faktor sebelum jalan raya dibina di sesuatu tempat. 

No comments:

Post a Comment