Thursday, 27 June 2013

Jumaat                                                                                                                                                 28.6.2013
Sekolah anda telah mengadakan sukan tahunan. Ceritakan pengalaman kamu menyambut hari tersebut. Panjang karangan kamu tidak lebih daripada 80 patah perkataan.

                Pada hari sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan hari sukan sekolah. Sukan tersebut merupakan acara tahunan sekolah saya.

                Sejak awal pagi, para tetamu termasuklah ibu bapa telah hadir ke sekolah. Mereka datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Kehadiran mereka sekali gus telah memeriahkan lagi pesta sukan pada hari ini.

                Acara pertama yang berlangsung pada pagi itu ialah acara perbarisan. Acara ini disertai oleh kesemua peserta rumah sukan yang mengambil bahagian. Ada empat buah rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah dan Rumah Kuning.

                Selepas acara perbarisan tamat, acara sukan pun bermula. Ada pelbagai acara yang telah dipertandingkan lumba lari, lompat tinggi dan lontar peluru. Sewaktu acara-acara ini berlangsung, semua penonton bersorak dan bertepuk tangan.

                Dalam pertandingan tersebut, Rumah Kuning telah muncul sebagai johan keseluruhan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Daerah Gombak.


                Menjelang pukul 2.00 petang, acara sukan telah tamat. Semua yang hadir telah bersurai. Sukan tersebut telah mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan juga murid-murid.
28.6.2013(Jumaat) 
Arahan : Tulis sebuah karangan yang bermula dengan ayat berikut, “Pada suatu malam, cuaca agak panas. Aku bangun lalu membuka suis kipas angin. Tiba-tiba ....”

                Pada suatu malam, cuaca agak panas. Aku bangun lalu membuka suis kipas angin. Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan dari arah tingkap bilik tidurku.

                Sepantas kilat aku membuka jendela bilikku lalu meninjau ke luar tingkap. Bulu romaku mulai tegak apabila aku dapati tiada sesuatu pun di luar rumah.

                Aku mengamati arah bunyi itu lagi. Dadaku semakin berdebar-debar kerana kali ini bunyi itu datangnya dari tingkat bawah rumahku. Aku memberanikan diri membuka pintu bilik dan berjalan perlahan-lahan menuju ke tingkap bawah.

                 Sesampainya aku di tingkap bawah rumahku , aku membuka suis lampu. Aku tidak nampak apa-apa yang mencurigakan di situ. Namun, bunyi ketukan masih terus kedengaran.

                Aku terus melangkah sambil mengamati arah datangnya bunyi tersebut. Sampai di pintu bilik air, aku nampak ada titisan air menitik menimpa baldi yang diletakkan di dalam bilik air. Rupa-rupanya, tangki air rumahku telah bocor. Air yang menitikk itulah yang menghasilkan bunyi ketukan tersebut.


                Aku mula berasa lega. Aku akan memberitahu hal kebocoran itu kepada ibu dan ayah. Aku tersenyum mengingatkan peristiwa tadi.