28.6.2013(Jumaat)
Arahan : Tulis
sebuah karangan yang bermula dengan ayat berikut, “Pada suatu malam, cuaca agak
panas. Aku bangun lalu membuka suis kipas angin. Tiba-tiba ....”
Pada
suatu malam, cuaca agak panas. Aku bangun lalu membuka suis kipas angin. Tiba-tiba
aku terdengar bunyi ketukan dari arah tingkap bilik tidurku.
Sepantas
kilat aku membuka jendela bilikku lalu meninjau ke luar tingkap. Bulu romaku
mulai tegak apabila aku dapati tiada sesuatu pun di luar rumah.
Aku mengamati
arah bunyi itu lagi. Dadaku semakin berdebar-debar kerana kali ini bunyi itu
datangnya dari tingkat bawah rumahku. Aku memberanikan diri membuka pintu bilik
dan berjalan perlahan-lahan menuju ke tingkap bawah.
Sesampainya aku di tingkap bawah rumahku , aku
membuka suis lampu. Aku tidak nampak apa-apa yang mencurigakan di situ. Namun,
bunyi ketukan masih terus kedengaran.
Aku terus
melangkah sambil mengamati arah datangnya bunyi tersebut. Sampai di pintu bilik
air, aku nampak ada titisan air menitik menimpa baldi yang diletakkan di dalam
bilik air. Rupa-rupanya, tangki air rumahku telah bocor. Air yang menitikk
itulah yang menghasilkan bunyi ketukan tersebut.
Aku mula
berasa lega. Aku akan memberitahu hal kebocoran itu kepada ibu dan ayah. Aku tersenyum
mengingatkan peristiwa tadi.
No comments:
Post a Comment